Sejarah pembangunan InternPedia@KK

Cetusan Idea

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2020 sedikit sebanyak memberi kesan kepada perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti. Ia secara tidak langsung turut memberi kesan kepada penilaian para pelajar Kolej Komuniti yang sedang menjalani Latihan Industri di akhir semester pengajian sesi Disember 2020. Menyedari ketidaktentuan situasi semasa, unit PPIA KKPB mengambil inisiatif untuk mencari suatu penyelesaian yang lebih sistematik bagi memastikan isu pengurusan para pelajar Latihan Industri dapat ditangani dengan baik. Dengan ini tercetuslah idea penghasilan InternPedia@KK bagi membolehkan pengurusan data para pelajar Latihan Industri ini dapat diuruskan secara dalam talian dengan lebih mudah dan efektif.

Sidang video pertama para pembangun

Perkembangan sistem

InternPedia@KK masih diperingkat pembangunan dan ujian. Kami sangat mengharapkan komentar yang membina dari anda semua untuk kami menjadikan sistem ini lebih mesra dan bermanfaat buat semua.

InternPedia@KK
Pengurusan LI Kolej Komuniti